Zulkifli Hasan (Malaysia)

YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan (lahir 3 Jun 1977) ialah seorang ahli akademik dan politik di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sejak 12 Disember 2023.[1]Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli akademik (Profesor) program Syariah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta timbalan rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).